Sesekali aku tertanya-tanya ketika segalanya tidak kena
Apakah Allah telah melupakan aku dan meninggalkanku sendiri???
Lalu aku mengingati semasa segala dugaan dan derita melanda
Dia selalu bersamaku....
Sungguh bertuah sekali diriku...
Aku memohon kepada Allah kekuatan agar mampu kucapai impian..
Namun aku dijadikannya lemah agar aku belajar mentaatinya dengan redha,
Aku memohon kepada Allah kesihatan ,agar mampu kulakukan perkara yang besar,
Namun aku dikurniakannya kesengsaraan,agar aku bersyukur,
Aku memohon kepada Allah kekayaan ,agar aku bahagia,
Namun aku diberinya kemiskinan,agar aku bijaksana,
Aku memohon kuasa,agar aku dihamburi pujian insan,
Namun aku dikurniakannya kelemahan,agar kurasai keagungan Tuhan,
Aku memohon segalanya,agar mampu kunikmati kehidupan,
Tetapi.......
Aku kadang-kadang tidak memperoleh apa yang aku pinta,
Namun aku terus berdoa dan mengharap..
Ada ketika doa yangg tidak kulafazkan dimakbulkannya,
Kerana aku tahu Dia sentiasa bersamaku,
Sungguh bertah sekali diriku...
Terima kasih Wahai Tuhanku......
No comments:
Post a Comment